01 January 2011

Umat Akhir Zaman

Assalamualaikum W.B.T


Di zaman fasakh dan mungkar ini kita sering sahaja melihat atau mendengar tentang perkara maksiat.. 
Nabi Muhammad S.A.W telah tinggalkan kita 1400 tahun lebih.. Cuba kita buka minda, sehari selepas kewafatan nabi S.A.W maka beberapa perkara telah berlaku antaranya orang yang enggan bayar zakat, orang yang mengaku nabi, Rom dan Parsi hendak menyerang Kota Mekah, dan ramai yang telah murtad..Cuba kita fikir-fikirkan, nabi tidak akan diturunkan lagi setelah baginda Nabi S.A.W wafat.. Hatta, kalau maksiat berlaku dalam masjid pun Allah tidak akan turunkan nabi lagi... Setelah Nabi S.A.W wafat maka kerja-kerja kenabian diturunkan kepada sahabat2 RadhiAllahhuanhum..124000 anbiya a.s telah bertebaran di seluruh pelusuk bumi untuk sampaikan dakwah. Buktinya, makam Tarif Bin Ziyat berada di Sepanyol, makam Saad Bin Abi Waqas berada di Kanton,China.. Selepas itu tugas-tugas kenabian diberikan kepada ulama-ulama dan seterusnya kita sebagai orang biasa.. Imam Malik rahmatullah Alaih mengatakan bahaea umat akhir zaman ini dapat diperbaiki hanya dengan cara orang-orang terdahulu..... Cara siapa tuan-tuan yang mulia...?? Itulah CARA NABI MUHAMMAD S.A.W..Habibullah(kekasih Allah)... Bagaimana tuan-tuan,, jumpa manusia khemah ke khemah, pintu ke pintu, rumah ke rumah, lorong ke lorong, kampung ke kampung.. Inilah yang telah dilakukan oleh Baginda Nabi S.A.W setiap hari sehinggakan nabi dicemuh, dimaki, dibaling dengan najis, dibaling dengan batu, dibilang gila..Inilah pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W.. Jadi Nabi telah bertungkus-lumus untuk mendirikan agama Islam, tapi ramai orang Islam diluar sana yang telah meruntuhkan agama-yakni orang yang tidak bersembahyang-.. Sanggup kah melihat pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda Nabi dan para sahabat dimusnahkan begitu sahaja...Adakah kita ini adalah seorang Muslim yang bertanggungjawab,, atau hanya nama sahaja Islam tapi akhlak bercanggah dari syariat Islam,, Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita akal fikiran-Fikir-Fikirkanlah-,,
-TERUS BERDAKWAH-